Sambal Tumis Terubuk Masin



SAMBAL TUMIS TERUBUK MASIN
------------------------------------------

Bahan-bahan :

- Sebelah ikan terubuk (dipotong, dan digoreng garing)
- 1/2 labu bawang besar (dimayang)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/4 cawan air asam jawa
- 3 hingga 4 sb cili kering kisar (bergantung pd jenis dan kepedasan cili)
- Sedikit garam dan gula

Cara-cara :

- Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih hingga perang.
- Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati.
- Masukkan bawang besar. Setelah layu, tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
***nak masam lagi, perah dgn limau kasturi.


Belacan Bintulu


Produk baru untuk kali ini, Belacan Bintulu. Kat Sarawak ni, kalau sebut sahaja belacan Bintulu.. memang popular. Mungkin kerana rasanya yang lain dari yang lain :)

Setiap pek beratnya lebih kurang 155 gram
- 2 pek + postage : RM39
- 3 pek + postage : RM45






Resepi Mi Kolok





Resepi Mi Kolok

Bahan-bahan
------------------
1 gulung mi kolok – direbus
1 sudu makan ,minyak bawang
1 sudu makan kicap cair
sedikit serbuk perasa
sedikit tauge-dicelur

Bahan-bahan sup
-----------------------
½ inci halia
4 sm kulit kayu manis
3 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bawang dikisar
2 liter air
serbuk perasa
garam
minyak masak

Cara membuat sup
-----------------------
tumis halia, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bawang
masukkan air, biar mendidih
tambah dengan garam dan serbuk perasa

Cara membuat sambal
-----------------------------
Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara membuat me kolok
------------------------------
gaulkan mi yang telah direbus dengan minyak bawang, kicap cair, dan serbuk perasa sehingga sebati. Ketepikan
hidangkan bersama sup & sambal kicap tadi.

Borang Pesanan / Tempahan



Nama:




Alamat Email:




Alamat:




No. Tel:




Item No. 1:




Item No. 2:




Item No. 3:




Item No. 4:




Item No. 5:




*Untuk pembeli kek lapis. Kalau kek yang dipesan takde stok, tokey kedai boleh gantikan dgn kek lain yg sama harga tak ?

Boleh. Gantilah dengan apa-apa kek yang sama harga.


Takpe lah kalau kek tu dah takde stok.



Kaedah Bayaran:

CIMB

RHB

MAYBANK



Remarks:









Click here to put a form like this on your site.

Related Posts with Thumbnails